Korporat

bandar2Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) ditubuhkan melalui Enakmen Bil. 2 Tahun 1990. Ia dipinda seterusnya pada tahun 1996 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1996. LTAWNT ini ditubuhkan dengan klausa berikut:

Seksyen 4. (1) Bagi maksud Enakmen ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu perbadanan yang dikenali sebagai “Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri” yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa, dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan, bagi maksud-maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih bagi tiap-tiap jenis dan boleh memindah hak, menyerahak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahak semula, memindahmilik atau selainnya melupus, atau menggunakan apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan yang diletak hak kepada Lembaga atas terma-terma yang difikirkan patut.

warisan3VISI

Menyumbang kepada pendapatan dan pembangunan negeri melalui pengurusan berstrategik harta dan dana tabung.

MISI

Mengurus pemeliharaan (preservation) dan pertumbuhan (growth) harta dan dana secara berkesan bagi pulangan maksimum.

Unit Pengurusan Pentadbiran terdiri daripada tiga (3) seksyen sebagaimana berikut:-
  1. Seksyen Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia;
  2. Seksyen Pengurusan Perolehan dan Aset Alih; dan
  3. Seksyen Teknologi Maklumat.
 
  1. Seksyen Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia (KP)
Tugas dan tanggungjawab Seksyen Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia adalah untuk menentukan pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur dan pengurusan sumber manusia yang efektif dan efisien.   Di antara fungsi dan tugas utama Seksyen Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia adalah :-
  1. Pengisian jawatan;
  2. Kenaikan pangkat;
  3. Skim perkhidmatan;
  4. Pentadbiran gaji dan elaun;
  5. Pentadbiran pelbagai kemudahan dan keistimewaan;
  6. Latihan pekerja;
  7. Perjalanan rasmi dan penginapan;
  8. Pentadbiran pelbagai cuti;
  9. Penilaian prestasi pekerja;
  10. Kesihatan dan keselamatan pekerja;
  11. Disiplin;
  12. Penamatan perkhidmatan;
  13. Persaraan;
  14. Penyimpanan rekod dan sebagainya; dan
  15. Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
 
  1. Seksyen Pengurusan Perolehan Dan Aset Alih (AA)
  Seksyen ini bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan aset alih dan stor bekalan pejabat LTAWNT ditadbirurus dengan baik selaras dengan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan dan peraturan yang ditetapkan mengikut Pekeliling Perbendaharaan (PP) dan Standard Operating Procedure (SOP) serta lain – lain pekeliling perbendaharaan yang berkaitan.   Seksyen ini juga bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan perolehan LTAWNT dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik (good governance pratices) dengan mematuhi prisip-prinsip perolehan seperti berikut :-  
  1. Akauntabiliti Awam – Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan;
  2. Diuruskan Secara Telus – Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan;
  3. Nilai Faedah Yang Terbaik – Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan;
  4. Saingan Terbuka – Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing; dan
  5. Adil Dan Saksama – Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.
Seksyen ini bertanggungjawab untuk mencapai objektif berikut :-
  1. Memastikan perolehan LTAWNT dirancang dengan teliti, sistematik dan mematuhi dasar semasa kerajaan / LTAWNT;
  2. Memantau perolehan yang dilaksanakan dengan lebih telus bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran, kelewatan, penyelewengan, salah guna kuasa dan perolehan di luar aturan termasuk menyelia semua pihak yang terlibat dalam perolehan LTAWNT menandatangani dokumen “Integrity Pact”.;
  3. Mengurus dan mengawalselia pentadbiran kontrak agar mematuhi peraturan perolehan yang berkuatkuasa;
  4. Membuat laporan perolehan dan pengurusan aset alih dengan tepat dan terkini;
  5. Memastikan pengurusan aset alih dan stor LTAWNT selaras dengan SOP LTAWNT; dan
  6. Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
 
  1. Seksyen Teknologi Maklumat (TM)
  Unit ini bertanggungjawab dalam pengurusan pembangunan teknologi merangkumi sistem dan rangkaian jabatan. Antara fungsi dan tugas utama unit adalah :-
  1. Mengurus dan menyelaras pembangunan perkakasan, perisian, sistem aplikasi dan pangkalan data LTAWNT;
  2. Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan infrastruktur ICT, rangkaian internet dan intranet yang menyokong pengoperasian dan kesinambungan perkhidmatan LTAWNT;
  3. Memberi perkhidmatan ICT dan bantuan teknikal yang diperlukan kepada perkhidmatan dalam LTAWNT; dan
  4. Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Tugas dan tanggungjawab unit ini adalah memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dijalankan dengan cekap, efektif dan mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mengawalselia aliran tunai yang mencukupi agar segala aktiviti-aktiviti operasi LTAWNT berjalan dengan baik dan sempurna.   Di antara fungsi dan tugas utama unit ini adalah :-
  1. Mengawal dan mengurus perbelanjaan kewangan dan penerimaan hasil LTAWNT;
  2. Mengawasi Aliran tunai dan siberhutang;
  3. Menyedia penyata bulanan & tahunan LTAWNT;
  4. Menyedia laporan prestasi kewangan LTAWNT;
  5. Merancang dan mengenal pasti keperluan kewangan;
  6. Menyedia belanjawan tahunan LTAWNT;
  7. Menjalankan aktiviti-aktiviti pelaburan dalam simpanan tetap dan sukuk;
  8. Menasihat jabatan mengenai peraturan-peraturan kewangan dengan jelas dan tepat;
  9. Mengawasi prestasi semasa anak-anak syarikat;
  10. Menyelesaikan segala tuntutan dan bil-bil dalam masa yang ditetapkan;dan
  11. Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Unit ini bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh LTAWNT dengan memberi khidmat nasihat perundangan kepada jabatan, membuat semakan undang-undang dan membuat semakan deraf perjanjian/kontrak bagi setiap bahagian/unit. Unit ini juga akan mengambil tindakan perundangan ke atas kemungkiran dan/atau penamatan  kepada perjaniian yang melibatkan LTAWNT.   Unit ini juga bertanggungjawab menjaga kepentingan Kerajaan Negeri khususnya LTAWNT dalam jalinan usahasama.   Di antara fungsi dan tugas utama unit perundangan adalah :-
  1. Menyemak dan mengemaskini perjanjian/kontrak/dokumen perundangan;
  2. Memastikan tindakan diambil selaras dengan prosedur dan peruntukan Akta serta Undang-Undang Kecil yang dikuatkuasakan;
  3. Membuat kajian undang-undang dan menguruskan tuntutan kes yang melibatkan LTAWNT di Mahkamah; dan
  4. Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Tugas dan tanggungjawab unit ini adalah menguruskan dana bagi pelaburan dalam ekuiti dan mengawaselia pengurus dana luar bagi mengoptimumkan pulangan pelaburan dalam kawalan risiko yang berpatutan. Di antara fungsi dan tugas utama ketua unit ini adalah :-
  1. Menguruskan belian dan jualan saham dalam Bursa Malaysia Berhad bagi mencapai pendapatan yang kosisten melalui dividen dan keuntungan direalisasikan daripada jualan saham;
  2. Memantau pelaburan dana LTAWNT;
  3. Membuat penilaian dan kajian pelaburan yang berpotensi;
  4. Mengawalselia pengurus dana luar sebagaimana kelulusan mandat dan perjanjian;
  5. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan pelaburan dana serta melaporkan laporan tersebut kepada mesyuarat pengurusan dan mesyuarat-mesyuarat lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa;
  6. Menjadi urusetia mesyuarat yang melibatkan keputusan pelaburan dana; dan
  7. Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.

Unit Pengurusan Harta terbahagi kepada empat (4) seksyen sebagaimana berikut :  
  1. Seksyen Hakmilik Strata;
  2. Seksyen Pengurusan Bangunan Dan Penyelenggaraan;
  • Seksyen Pengurusan Tanah; dan
  1. Seksyen Pengurusan Hartanah (Kerteh & Kijal).
Antara tugas-tugas seksyen di bawah Unit Pengurusan Harta sebagaimana berikut di samping menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa :
  1. Seksyen Hakmilik Strata (STT)
Seksyen ini juga bertanggungjawab bagi mendapatkan hakmilik strata bagi rumah pangsa milik LTAWNT yang telah dijual samada melalui projek usahasama ataupun dibina sendiri oleh LTAWNT termasuklah menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan hakmilik strata sehingga tertubuhnya Badan Pengurusan Mengikut Akta Hakmilik Strata 1985.   Tugas-tugas bagi mendapatkan hakmilik strata ini memerlukan pengetahuan berkenaan dengan pemahaman dan perundangan tanah serta perlu melantik, menyelia dan mengkordinasi kerja-kerja yang dilakukan oleh jurukur tanah berlesen. Di samping tugas yang dinyatakan, ketua seksyen juga perlu mahir dan sentiasa berbincang dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pemilik unit dalam urusan pecah sempadan, penarikan balik kaveat, bayaran premium dan pendaftaran hakmilik strata.   Tugas seksyen ini juga bukanlah setakat memperolehi hakmilik strata sahaja tetapi juga bertanggungjawab menguruskan pindahmilik hakmilik strata tersebut kepada pemilik petak setelah hakmilik strata diperolehi sehingga tertubuhnya Perbadanan Pengurusan Sesebuah Skim Perumahan.   Dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan & Pengurusan) 2007 telah digubal bertujuan untuk mengatasi masalah penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama semua unit-unit bangunan berstrata termasuk kedai/pejabat.   Dalam keadaan ini LTAWNT secara tidak langsung akan terlibat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik dan juga pemaju.   Sehubungan dengan itu, fungsi seksyen ini juga adalah melibatkan suatu proses perlaksanaan kerja yang berhubungkait dengan kerja mengurus, mengendali dan menyenggara semua fasiliti bangunan sementara tertubuhnya Badan Pengurusan Mengikut Akta Hakmilik Strata 1985.   Pengurusan fasiliti bangunan adalah merupakan suatu bentuk perniagaan yang besar dan menguntungkan jika diurus dengan efisien terutamanya dalam skop kawalan penyelenggaraan yang baik dan teratur.   Fungsi utama penyelenggaraan bangunan bukan hanya untuk memastikan bangunan, sistem atau peralatan beroperasi pada kecekapan yang optimum tetapi juga bagi memastikan bangunan sentiasa memenuhi keperluan penghuni dan perundangan seperti berikut :-  
  1. Memastikan bangunan dalam keadaan selamat;
  2. Memastikan bangunan adalah kondusif;
  • Memastikan bangunan berkebolehan untuk digunakan;
  1. Memastikan bangunan memenuhi semua keperluan undang-undang;
  2. Mengekalkan nilai fizikal aset bagi pelaburan bangunan;
  3. Mengekalkan kualiti bangunan;
  • Memastikan lot pemajuan bangunan bertingkat Hakmilik Strata menubuhkan JMB/MC iaitu lot pemajuan tersebut mempunyai perbadanan pengurusan;
  • Mengawal selia penyelenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama yang dilaksanakan pemaju, Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MIC);
  1. Mengadakan inventori ke atas bangunan-bangunan milik LTAWNT;
  2. Memastikan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi pembangunan yang melibatkan pemikiran berstrata;
  3. Menyelesaikan sebarang pertikaian di antara pemaju dan pembeli berkaitan penubuhan JMB dan akaun penyelenggaraan;
  • Memantau tindakan dalam menangani isu pembaikan kecacatan;
  • Menguatkuasakan Undang-Undang yang termaktub di dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Akta Pengurusan Strata 2013(Akta 757);
  • Memberi pembelajaran secara berkala mengenai pengurusan pentadbiran, akaun beraudit, peruntukan kewangan dan lain-lain berkaitan pengurusan JMB/MC;
  1. Perlantikan Ejen pengurusan dan penyenggaraan bangunan;
  • Perlaksanaan khidmat nasihat berhubung penubuhan JMB/MC seperti di dalam Akta 757 & 318; dan
  • Menguruskan pemfailan jadual petak.
 
  1. Seksyen Pengurusan Bangunan Dan Penyelenggaraan (BP)
  Tugas dan tanggungjawab ketua di seksyen ini memerlukan pegawai yang perlu sentiasa proaktif bagi memastikan kesemua unit yang diuruskan mempunyai penyewa serta tunggakan sewa dapat dikurangkan seterusnya pendapatan kepada LTAWNT dapat dipertingkatkan.   Di antara tugas dan fungsi utama seksyen ini adalah sepertimana berikut :-
  1. Memastikan unit-unit yang diuruskan sentiasa berkeadaan baik samada unit berkenaan masih lagi kosong mahupun telah disewakan;
  2. Memastikan unit-unit yang diuruskan dapat disewakan dan memastikan kadar tunggakan sewa dapat diminimakan;
  • Penyediaan laporan bagi kes-kes penyewaan yang tertunggak bagi maksud penyelarasan tindakan undang-undang;
  1. Menyelaraskan perjanjian penyewaan apabila unit-unit berkenaan telah disewakan serta bagi unit-unit yang telah mendapat kelulusan untuk penjualan, satu laporan kajian pasaran perlu dibuat bagi menentukan kadar harga yang dipersetujui adalah berdasarkan nilai semasa hartanah/ munasabah;
  2. Ketua seksyen juga bertanggungjawab untuk menjalankan rundingan harga bagi unit-unit yang telah dipersetujui untuk dijual/dipajak. Bagi kes-kes tertentu satu kertas kerja perlu disediakan untuk dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan;
  3. Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk;
  • Menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek;
  • Membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan lain-lain;
  1. Melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
  2. Menyelenggara bangunan-bangunan milik LTAWNT; dan
  3. Menilai pegangan bercukai bagi maksud cukai taksiran milik LTAWNT.
  ketua seksyen perlu sentiasa berurusan dengan kontraktor-kontraktor terutamanya dalam memastikan perlaksanaan dan pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan berjalan dengan baik, menyediakan maklumat-maklumat bagi perjanjian penyewaan serta penyediaan kertas kerja bagi kelulusan penjualan dan pajakan di bawah unit-unit yang diuruskan.  
  1. Seksyen Pengurusan Tanah (T)
  Ketua seksyen ini perlu sentiasa berhubung dengan agensi atau jabatan-jabatan kerajaan lain terutamanya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan juga urusan dengan pejabat-pejabat tanah di Terengganu bagi segala perkara yang berkaitan dengan hal ehwal tanah termasuk menilai pegangan bercukai bagi maksud cukai harta milik LTAWNT serta membuat penilaian harta tanah milik LTAWNT bagi tujuan rekod nilaian. Seksyen ini bertanggungjawab secara langsung dalam hal ehwal tanah seperti permohonan tanah-tanah kerajaan yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kepada LTAWNT, menguruskan pengkalan data tanah milik LTAWNT, tindakan susulan bagi pengeluaran geran hakmilik kekal bagi tanah milik LTAWNT dan mengenalpasti lokasi tanah milikan LTAWNT bagi tujuan pengetahuan dan pemasaran kepada bakal pelabur atau pemajak. Ketua Seksyen ini perlu mahir dengan proses permohonan tanah serta mahir dalam perundangan utama yang digunapakai berdasarkan kepada Kanun Tanah Negara (1965).
  1. Seksyen Pengurusan Hartanah Kerteh dan Kijal (KK)
  Seksyen ini ditubuhkan bagi menyelia hartanah di daerah kemaman. Di antara tugas-tugas seksyen ini berkaitan unit-unit dibawah tanggungjawab dan seliaan adalah sepertimana berikut :-  
  1. Menjalankan penyelarasan dengan perunding/kontraktor dan pihak berkuasa yang berkaitan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan ubahsuai;
  2. Menguruskan semua pertanyaan dan aduan berkaitan;
  • Membuat kutipan sewa dan lain-lain bayaran berkaitan penyewaan;
  1. Menyediakan dan mengemukakan laporan penyelenggaraan dan kutipan bulanan atau tahunan yang lengkap berhubung dengan keadaan kerosakan dan cara-cara pembaikan yang perlu dibuat terhadap hartanah;
  2. Menyediakan maklumat berkaitan bagi tujuan penyelarasan perjanjian penyewaan atau pajakan bagi hartanah yang berkaitan;
  3. Mengeluarkan notis untuk kutipan tunggakan cukai harta dan pertukaran nama bil utiliti; dan
  • Memproses permohonan sewa premis bangunan, tanah dan pindahmilik.
Unit ini terbahagi kepada dua (2) seksyen seperti berikut :
  1. Seksyen Pengurusan Projek Dan Usahasama; dan
  2. Seksyen Mineral Dan Asas Tani.
 
  1. Seksyen Pengurusan Projek dan Usahasama (JV)
Tugas dan tanggungjawab di seksyen ini adalah kompleks memandangkan fungsi Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) yang sentiasa berhubung dengan agensi dan jabatan-jabatan kerajaan lain terutama Setiausaha Kerajaan (SUK), Unit Perancang Ekonomi Negeri(UPEN), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Majlis Daerah/ Pejabat Daerah/Tanah bagi perkara yang berkaitan dengan hal-hal pembangunan projek. Seksyen ini bertanggungjawab secara langsung berkaitan pengurusan projek dari peringkat “pre kontrak” hingga  “post” kontrak termasuk memantau perjalanan projek mengikut spesifikasi dan dokumen Kontrak. Ketua subseksyen perlu mahir dalam bidang pembinaan dan pengurusan kontrak. Seksyen ini juga bertanggungjawab ke atas perjalanan dan kelancaran projek-projek penswastaan bermula dari peringkat kelulusan MMKN, terlibat dalam penyediaan perjanjian usahasama dan juga pemantauan dari segi kemajuan tapak dan juga pemantauan ke atas bayaran pulangan kepada LTAWNT bagi setiap projek-projek penswastaan termasuk menghadiri dan membuat mesyuarat dengan pemaju. Tugas-tugas di seksyen ini juga adalah untuk memastikan setiap projek dan juga projek penswastaan berjalan seperti mana jadual dan juga perjanjian dan menerima arahan ketua jabatan dari semasa ke semasa.
  1. Seksyen Mineral Dan Asas Tani (MAT)
  Seksyen Mineral Dan Asas Tani terbahagi kepada dua (2) subseksyen sebagaimana berikut :  
  1. Subseksyen Pengurusan Mineral;dan
  2. Subseksyen Pengurusan Asas tani.
Antara tugas-tugas subseksyen di bawah Seksyen Mineral Dan Asas Tani sebagaimana berikut :
  1. Subseksyen Pengurusan Mineral (M)
  Tugas dan tanggungjawab subseksyen ini adalah bertanggungjawab secara langsung dengan pengurusan tanah-tanah lombong yang diberi pajakan melombong oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kepada LTAWNT.   Subseksyen ini akan berhubung secara langsung dengan Jabatan-Jabatan utama seperti PTG, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkaitan dengan tatacara dan perundangan yang berkaitan dengan perlombongan dan lain-lain mineral.   Segala permohonan berkaitan mineral dikawasan yang diberikan kepada LTAWNT diproses di Seksyen ini melalui  penyediaan kertas kerja untuk Kelulusan Mesyuarat LTAWNT.   subseksyen ini juga berhubung secara langsung dengan PTG bagi memastikan operator-operator yang dilantik mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan disamping menerima arahan dari ketua jabatan dari semasa ke semasa.  
  1. Subseksyen Pengurusan Asas Tani (AT)
  Subseksyen ini bertanggungjawab melaksanakan keputusan yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang berkaitan dengan pertanian.   Projek yang terlibat dibawah subseksyen ini merangkumi projek-projek pertanian, penanaman kelapa sawit, perikanan dan juga penternakan.   Subseksyen ini juga akan menilai dan memproses permohonan yang berkaitan pertanian yang dicadangkan diatas tanah milik LTAWNT melalui penyediaan kertas kerja untuk Kelulusan Mesyuarat LTAWNT disamping menerima arahan dari ketua jabatan dari semasa ke semasa.  

chicken2
  1. Meningkatkan nilai harta tabung dari setahun ke setahun.
  2. Memaksimumkan pulangan dana pelaburan setiap tahun.
  3. Mengurus hartanah dengan pulangan maksimum setiap tahun.