- UNIT PENGURUSAN PENTADBIRAN (N)
- UNIT PENGURUSAN KEWANGAN (W)
- UNIT UNDANG – UNDANG (UU)
- UNIT PELABURAN DANA (PD)
Unit Pengurusan Pentadbiran terdiri daripada tiga (3) seksyen sebagaimana berikut:-
- Seksyen Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia;
- Seksyen Pengurusan Perolehan dan Aset Alih; dan
- Seksyen Teknologi Maklumat.
- Seksyen Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia (KP)
- Pengisian jawatan;
- Kenaikan pangkat;
- Skim perkhidmatan;
- Pentadbiran gaji dan elaun;
- Pentadbiran pelbagai kemudahan dan keistimewaan;
- Latihan pekerja;
- Perjalanan rasmi dan penginapan;
- Pentadbiran pelbagai cuti;
- Penilaian prestasi pekerja;
- Kesihatan dan keselamatan pekerja;
- Disiplin;
- Penamatan perkhidmatan;
- Persaraan;
- Penyimpanan rekod dan sebagainya; dan
- Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
- Seksyen Pengurusan Perolehan Dan Aset Alih (AA)
- Akauntabiliti Awam – Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan;
- Diuruskan Secara Telus – Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan;
- Nilai Faedah Yang Terbaik – Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan;
- Saingan Terbuka – Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing; dan
- Adil Dan Saksama – Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.
- Memastikan perolehan LTAWNT dirancang dengan teliti, sistematik dan mematuhi dasar semasa kerajaan / LTAWNT;
- Memantau perolehan yang dilaksanakan dengan lebih telus bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran, kelewatan, penyelewengan, salah guna kuasa dan perolehan di luar aturan termasuk menyelia semua pihak yang terlibat dalam perolehan LTAWNT menandatangani dokumen “Integrity Pact”.;
- Mengurus dan mengawalselia pentadbiran kontrak agar mematuhi peraturan perolehan yang berkuatkuasa;
- Membuat laporan perolehan dan pengurusan aset alih dengan tepat dan terkini;
- Memastikan pengurusan aset alih dan stor LTAWNT selaras dengan SOP LTAWNT; dan
- Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
- Seksyen Teknologi Maklumat (TM)
- Mengurus dan menyelaras pembangunan perkakasan, perisian, sistem aplikasi dan pangkalan data LTAWNT;
- Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan infrastruktur ICT, rangkaian internet dan intranet yang menyokong pengoperasian dan kesinambungan perkhidmatan LTAWNT;
- Memberi perkhidmatan ICT dan bantuan teknikal yang diperlukan kepada perkhidmatan dalam LTAWNT; dan
- Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Tugas dan tanggungjawab unit ini adalah memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dijalankan dengan cekap, efektif dan mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mengawalselia aliran tunai yang mencukupi agar segala aktiviti-aktiviti operasi LTAWNT berjalan dengan baik dan sempurna.
Di antara fungsi dan tugas utama unit ini adalah :-
- Mengawal dan mengurus perbelanjaan kewangan dan penerimaan hasil LTAWNT;
- Mengawasi Aliran tunai dan siberhutang;
- Menyedia penyata bulanan & tahunan LTAWNT;
- Menyedia laporan prestasi kewangan LTAWNT;
- Merancang dan mengenal pasti keperluan kewangan;
- Menyedia belanjawan tahunan LTAWNT;
- Menjalankan aktiviti-aktiviti pelaburan dalam simpanan tetap dan sukuk;
- Menasihat jabatan mengenai peraturan-peraturan kewangan dengan jelas dan tepat;
- Mengawasi prestasi semasa anak-anak syarikat;
- Menyelesaikan segala tuntutan dan bil-bil dalam masa yang ditetapkan;dan
- Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Unit ini bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh LTAWNT dengan memberi khidmat nasihat perundangan kepada jabatan, membuat semakan undang-undang dan membuat semakan deraf perjanjian/kontrak bagi setiap bahagian/unit. Unit ini juga akan mengambil tindakan perundangan ke atas kemungkiran dan/atau penamatan kepada perjaniian yang melibatkan LTAWNT.
Unit ini juga bertanggungjawab menjaga kepentingan Kerajaan Negeri khususnya LTAWNT dalam jalinan usahasama.
Di antara fungsi dan tugas utama unit perundangan adalah :-
- Menyemak dan mengemaskini perjanjian/kontrak/dokumen perundangan;
- Memastikan tindakan diambil selaras dengan prosedur dan peruntukan Akta serta Undang-Undang Kecil yang dikuatkuasakan;
- Membuat kajian undang-undang dan menguruskan tuntutan kes yang melibatkan LTAWNT di Mahkamah; dan
- Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Tugas dan tanggungjawab unit ini adalah menguruskan dana bagi pelaburan dalam ekuiti dan mengawaselia pengurus dana luar bagi mengoptimumkan pulangan pelaburan dalam kawalan risiko yang berpatutan.
Di antara fungsi dan tugas utama ketua unit ini adalah :-
- Menguruskan belian dan jualan saham dalam Bursa Malaysia Berhad bagi mencapai pendapatan yang kosisten melalui dividen dan keuntungan direalisasikan daripada jualan saham;
- Memantau pelaburan dana LTAWNT;
- Membuat penilaian dan kajian pelaburan yang berpotensi;
- Mengawalselia pengurus dana luar sebagaimana kelulusan mandat dan perjanjian;
- Menyediakan laporan bulanan dan tahunan pelaburan dana serta melaporkan laporan tersebut kepada mesyuarat pengurusan dan mesyuarat-mesyuarat lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa;
- Menjadi urusetia mesyuarat yang melibatkan keputusan pelaburan dana; dan
- Menerima arahan daripada ketua jabatan dari semasa ke semasa.