Unit Pengurusan Harta terbahagi kepada empat (4) seksyen sebagaimana berikut :
- Seksyen Hakmilik Strata;
- Seksyen Pengurusan Bangunan Dan Penyelenggaraan;
- Seksyen Pengurusan Tanah; dan
- Seksyen Pengurusan Hartanah (Kerteh & Kijal).
- Seksyen Hakmilik Strata (STT)
- Memastikan bangunan dalam keadaan selamat;
- Memastikan bangunan adalah kondusif;
- Memastikan bangunan berkebolehan untuk digunakan;
- Memastikan bangunan memenuhi semua keperluan undang-undang;
- Mengekalkan nilai fizikal aset bagi pelaburan bangunan;
- Mengekalkan kualiti bangunan;
- Memastikan lot pemajuan bangunan bertingkat Hakmilik Strata menubuhkan JMB/MC iaitu lot pemajuan tersebut mempunyai perbadanan pengurusan;
- Mengawal selia penyelenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama yang dilaksanakan pemaju, Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MIC);
- Mengadakan inventori ke atas bangunan-bangunan milik LTAWNT;
- Memastikan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi pembangunan yang melibatkan pemikiran berstrata;
- Menyelesaikan sebarang pertikaian di antara pemaju dan pembeli berkaitan penubuhan JMB dan akaun penyelenggaraan;
- Memantau tindakan dalam menangani isu pembaikan kecacatan;
- Menguatkuasakan Undang-Undang yang termaktub di dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Akta Pengurusan Strata 2013(Akta 757);
- Memberi pembelajaran secara berkala mengenai pengurusan pentadbiran, akaun beraudit, peruntukan kewangan dan lain-lain berkaitan pengurusan JMB/MC;
- Perlantikan Ejen pengurusan dan penyenggaraan bangunan;
- Perlaksanaan khidmat nasihat berhubung penubuhan JMB/MC seperti di dalam Akta 757 & 318; dan
- Menguruskan pemfailan jadual petak.
- Seksyen Pengurusan Bangunan Dan Penyelenggaraan (BP)
- Memastikan unit-unit yang diuruskan sentiasa berkeadaan baik samada unit berkenaan masih lagi kosong mahupun telah disewakan;
- Memastikan unit-unit yang diuruskan dapat disewakan dan memastikan kadar tunggakan sewa dapat diminimakan;
- Penyediaan laporan bagi kes-kes penyewaan yang tertunggak bagi maksud penyelarasan tindakan undang-undang;
- Menyelaraskan perjanjian penyewaan apabila unit-unit berkenaan telah disewakan serta bagi unit-unit yang telah mendapat kelulusan untuk penjualan, satu laporan kajian pasaran perlu dibuat bagi menentukan kadar harga yang dipersetujui adalah berdasarkan nilai semasa hartanah/ munasabah;
- Ketua seksyen juga bertanggungjawab untuk menjalankan rundingan harga bagi unit-unit yang telah dipersetujui untuk dijual/dipajak. Bagi kes-kes tertentu satu kertas kerja perlu disediakan untuk dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan;
- Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk;
- Menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek;
- Membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan lain-lain;
- Melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
- Menyelenggara bangunan-bangunan milik LTAWNT; dan
- Menilai pegangan bercukai bagi maksud cukai taksiran milik LTAWNT.
- Seksyen Pengurusan Tanah (T)
- Seksyen Pengurusan Hartanah Kerteh dan Kijal (KK)
- Menjalankan penyelarasan dengan perunding/kontraktor dan pihak berkuasa yang berkaitan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan ubahsuai;
- Menguruskan semua pertanyaan dan aduan berkaitan;
- Membuat kutipan sewa dan lain-lain bayaran berkaitan penyewaan;
- Menyediakan dan mengemukakan laporan penyelenggaraan dan kutipan bulanan atau tahunan yang lengkap berhubung dengan keadaan kerosakan dan cara-cara pembaikan yang perlu dibuat terhadap hartanah;
- Menyediakan maklumat berkaitan bagi tujuan penyelarasan perjanjian penyewaan atau pajakan bagi hartanah yang berkaitan;
- Mengeluarkan notis untuk kutipan tunggakan cukai harta dan pertukaran nama bil utiliti; dan
- Memproses permohonan sewa premis bangunan, tanah dan pindahmilik.
Unit ini terbahagi kepada dua (2) seksyen seperti berikut :
- Seksyen Pengurusan Projek Dan Usahasama; dan
- Seksyen Mineral Dan Asas Tani.
- Seksyen Pengurusan Projek dan Usahasama (JV)
- Seksyen Mineral Dan Asas Tani (MAT)
- Subseksyen Pengurusan Mineral;dan
- Subseksyen Pengurusan Asas tani.
- Subseksyen Pengurusan Mineral (M)
- Subseksyen Pengurusan Asas Tani (AT)